Pengarah Urusan KDEBWM Ramli Mohd Tahir memantau kerja membersihkan longkang pada program gotong-royong pascabanjir di Taman Sri Muda, Shah Alam pada 6 Februari 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDANASIONALSELANGOR

Negeri sedia peruntukan RM2.9 juta untuk kerja pascabanjir

SHAH ALAM, 27 NOV: Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan RM2.9 juta untuk melaksanakan kerja pascabanjir pada tahun depan.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menjelaskan peruntukan berkenaan melibatkan kerja membaik pulih tebing, benteng dan kerja pembersihan serta penyelenggaraan.

Beliau juga menjelaskan pelaksanaan projek berkenaan yang melibatkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor itu secara tidak langsung merancakkan ekonomi negeri.

“Jabatan memainkan peranan penting dalam menyediakan infrastruktur berkaitan pengurusan tebatan banjir, pembangunan lembangan sungai dan zon pantai secara terancang.

“Selain itu, ia memastikan pembangunan sistem pengairan dan saliran yang lebih efisien dan pengurusan saliran mesra alam yang lebih bersepadu,” katanya dalam pembentangan Belanjawan 2023 semalam.

Amirudin menjelaskan taburan hujan di luar jangkaan pada hujung tahun 2021 mengakibatkan banyak kawasan terjejas banjir sebelum JPS Selangor membuat kerja kecemasan sebagai langkah jangka pendek.


Pengarang :