PBTSELANGOR

Orang ramai dipelawa sertai pertandingan kumpulan muzik

 

Oleh FAIZAL NAZARUDDIN

SHAH ALAM, 2 NOV: Wang tunai keseluruhan berjumlah lebih RM7,000 menanti peserta pertandingan Battle Of The Band Majlis Perbandaran Selayang (MPS) 2022.

Pemenang akan menerima hadiah wang tunai RM2,525 (johan), naib johan (RM1,525), tempat ketiga (RM1,025), tempat keempat, kelima dan keenam (RM525) serta masing-masing RM150 untuk tujuh anugerah khas.

Pihak berkuasa tempatan itu berkata, pertandingan diadakan di Dataran Sungai Tua, Batu Caves pada 10 Disember ini.

Yuran penyertaan setiap kumpulan RM100 dan setiap kumpulan tidak melebihi lapan orang ahli.

“Peserta perlu membawakan dua lagu iaitu lagu tugasan dan lagu bebas.

“Kumpulan diberi masa 10 minit untuk persembahan dan lima minit persiapan,” kata kenyataan itu menerusi Facebook semalam.

Borang penyertaan dan pertanyaan lanjut boleh hubungi Khairul 019-258 3797 dan Azira 017-314 0160.

Foto Facebook MPSelayang

Pengarang :