Calon Pakatan Harpaan (HARAPAN) bagi Parlimen Gombak Dato’ Seri Amirudin Shari berswafoto bersama sebahagian pengunjung pasar malam Taman Seri Gombak pada 7 November 2022. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN /SELANGORKINI
BERITA UTAMAPENDAPATRENCANA

Pakar sains politik pilih Amirudin calon sesuai di Gombak

Tulisan di bawah diambil daripada Facebook mantan pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia Dr Mohammad Agus Yusoff pada 11 November 2022.

1. Dalam pilihan raya umum (ke-14) PRU14, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali memenangi pilihan raya di kawasan ini atas tiket Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) dengan majoriti 48,721 undi

2. Dalam PRU ke-15 ini, beliau bertanding sekali lagi, namun atas tiket Perikatan Nasional (PN) dan berlawan dengan empat calon lain, iaitu Dato’ Seri Amirudin Shari (Pakatan Harapan – HARAPAN), Datuk Seri Megat Zulkarnain Omardin (Barisan Nasional), Aziz Jamaluddin (Pejuang) dan Zulkifli Ahmad (Bebas)

3. Pertandingan ini sengit dan ramai menjangkakan Azmin menghadapi laluan sukar untuk menang. Betulkah begitu?

4. Majoriti pengundi Gombak seramai 207,000 orang adalah Melayu (75 peratus) dan selebihnya bukan Melayu. Seramai 11,300 pengundi berumur 18-20 tahun, 45,000 (21-29 tahun) dan 48,000 (30-39 tahun)

5. Tulisan ini tidak mengulas kecenderungan pengundi mengikut kaum atau umur, tetapi menilai persaingan antara calon PN dan HARAPAN. Siapa lebih berwibawa antara dua ini dan siapa yang wajar menang?

Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Parlimen Gombak Dato’ Seri Amirudin Shari (kanan) beramah mesra bersama penduduk ketika program Jualan Ehsan Rakyat di Flat PKNS AU3/1, Ampang Jaya pada 10 November 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

6. Biarpun Azmin telah menjadi ahli parlimen di kawasan ini selama dua penggal, kemunculan Amirudin Shari yang juga Dato’ Menteri Besar Selangor telah menggugat peluangnya untuk menang

7. Amirudin adalah tokoh muda dalam politik negara. Berusia 42 tahun, beliau graduan dari Universiti Putra Malaysia (UPM). Menyertai KEADILAN pada tahun 2004, beliau adalah calon untuk kerusi DUN Batu Caves (kini dinamakan Sungai Tua) pada pilihan raya umum ke-12. Beliau yang berusia 28 tahun ketika ini menang dalam PRU tersebut

8. Sejak dilantik menjadi Dato’ Menteri Besar pada Jun 2018, beliau telah meninggalkan banyak jejak untuk Selangor. Semasa menghadapi pandemik, kerajan Selangor telah menubuhkan  Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC) sebagai badan pemikir bertujuan membantu Kerajaan Negeri menangani pandemik Covid-19. Melalui STFC, pelbagai inisiatif telah diperkenalkan seperti:

i. membangunkan aplikasi SELangkah yang merupakan aplikasi penjejakan kontak bagi melengkapi fungsi yang tidak ada di dalam MySejahtera
ii. menggerakkan program saringan Covid-19 secara percuma di seluruh Selangor
iii. memperkenalkan Program Vaksin Selangor (SELVAX) bagi mencapai imuniti kelompok warga Selangor
iv. memberi insurans perlindungan percuma kepada enam juta rakyat

9. Dengan kecekapan pentadbirannya, kadar pertumbuhan ekonomi Selangor meningkat dari -5.2 peratus pada 2020 kepada 5.0 peratus pada tahun 2021. Setakat 10 Oktober tahun ini, Selangor mencatat pendapatan hasil sebanyak RM2.065 bilion lalu, mengatasi sasaran RM2.05 bilion yang ditetapkan

10. Di era beliau jugalah diperkenalkan dua gagasan besar ekonomi: Klusterisasi Selangor serta Rancangan Selangor Pertama, yang menjadi mercu tanda pembangunan masif ekonomi negeri Selangor yang mencakupi seluruh Selangor dari Sabak Bernam ke Sepang tanpa hanya menumpukan daerah industri di Petaling semata-mata

11. Dengan pencapaiannya ini, satu yang terserlah ialah biarpun Amirudin menteri besar muda, beliau terbaik. Bukan sahaja beliau baik dari segi pengurusannya, tetapi juga mempunyai personaliti dan imej diri yang tidak tercalar dengan kontroversi. Beliau bebas rasuah, merendah diri dan tokoh pemimpin muda yang akomodatif, terbuka dan disukai rakyat

12. Kelmarin, semasa berkempen di Gombak, beliau mengumumkan akan menyumbangkan keseluruhan gajinya ke dalam Dana Komuniti Gombak untuk pemantapan infrastruktur tempatan, penyediaan rumah mampu milik, peningkatan sektor ekonomi tempatan, peluang pendidikan, dan pekerjaan bermaruah

15. Amirudin adalah tokoh muda yang membanggakan. Dengan imej dan personalitinya dan kedudukannya, beliau perlu diangkat untuk mewakili kita di parlimen. Beliau sosok pemimpin negara masa depan dan oleh itu perlu menang

Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) bagi Parlimen Gombak Dato’ Seri Amirudin Shari beramah mesra dengan penduduk ketika sesi sembang santai di Taman Melawati pada 8 November 2022. Foto Twitter Amirudin Shari

 


Pengarang :