Kejadian banjir kilat di sekitar Sg. Buloh, pada 10 November 2022 jam 5 petang. Foto Facebook Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri
AGENSISELANGOR

Paras air laut cecah 4.74 meter petang ini, warga Klang diminta waspada

SHAH ALAM, 11 NOV: Penduduk sekitar Pelabuhan Klang dinasihat waspada berikutan paras air laut diramal berada pada paras 4.74 meter bermula 7.40 petang ini.

Pejabat Daerah/Tanah Klang menerusi Facebook meminta orang ramai melaporkan kejadian banjir ke talian perhubungan bencana Klang dalam kadar segera.

“Pusat Hidrogafi Nasional meramalkan paras air laut pada sebelah petang ini dijangka 4.74 meter bermula 7.40 malam di Pelabuhan Klang.

“Sentiasa bersedia dan peka dengan keadaan sekeliling. Laporkan sebarang kejadian bencana banjir di talian perhubungan bencana Daerah Klang,” maklumnya.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat di seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sehingga 7 petang ini.

Cuaca buruk sama diramal berlaku di beberapa kawasan di Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak, Sabah, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Pahang.

 


Pengarang :