Peneroka asal tapak Kampung Seri Temenggung melihat model Pangsapuri Selangorku Seri Temenggung di Batu Caves pada 27 Jun 2020. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Pastikan 1,660 rumah mampu milik siap dibina, tampung keperluan warga Gombak

GOMBAK, 10 NOV: Dato’ Seri Amirudin Shari akan memastikan 1,660 unit rumah mampu milik membabitkan dua projek siap dibina untuk keperluan warga Gombak.

Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Parlimen Gombak berkata Pangsapuri Bayu Residensi@Seri Temenggung dan Rumah Selangorku@Seri Temenggung yang dibina berdekatan Taman Sri Gombak dilengkapi pelbagai kemudahan awam dan berhampiran lebuh raya.

Pada 19 Mac lalu, Amirudin yang juga Dato’ Menteri Besar melancarkan projek berkenaan yang dijual pada harga bermula RM225,000 bagi Pangsapuri Bayu Residensi@Seri Temenggung sementara Rumah Selangorku@Seri Temenggung serendah RM65,000.

Setakat Ogos lalu, Kerajaan Negeri meluluskan pembinaan 50,675 unit Rumah Idaman di lapan daerah iaitu antara 44 inisiatif di bawah Iltizam Selangor Penyayang.

Deklarasi Gombak Bermaruah, tawaran Amirudin jika menang Parlimen Gombak pada 19 November turut memperincikan inisiatif lain dalam aspek perumahan selain meningkatkan kemudahan seperti berikut:

  • selesai pemilikan strata khususnya di Hulu Kelang terutama di AU1, AU2 dan kawasan berhampiran
  • susun penempatan di rizab jalan di Gombak Setia
  • sedia kemudahan kampung tradisional dan peluang perniagaan mikro
  • naik taraf klinik kesihatan dan perubatan awam

Pengarang :