Dato’ Menteri Besar Selangor Dato’ Seri Amirudin Shari berucap ketika Jelajah Selangor Penyayang daerah Sepang di Kota Warisan, Sepang pada 29 Oktober 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Pasukan khas pantau projek pembangunan Kuala Langat, Sepang

SHAH ALAM, 26 NOV: Jawatankuasa pasukan petugas khas diwujud bagi memastikan projek Wilayah Pembangunan Bersepadu Selangor Selatan (IDRISS) di Sepang dan Kuala Langat lancar.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari memaklumkan pasukan tersebut akan menyelaras, memantau serta menyelesaikan masalah berbangkit.

“Pasukan ini berperanan sebagai pemudah cara dan penyelaras dalam membantu pelaksanaan cadangan pembangunan projek,” katanya ketika pembentangan Belanjawan 2023 semalam.

IDRISS merupakan antara agenda terkandung dalam Rancangan Selangor Pertama (RS-1) yang diumum Julai lalu bagi membangunkan Sepang dan Kuala Langat dengan peruntukan RM1 trilion.

Dua daerah tersebut dikenal pasti bagi pembangunan berasaskan wilayah untuk memastikan pengagihan saksama bagi aktiviti ekonomi di negeri ini.

Sementara itu, Amirudin berkata IDRISS yang dibangunkan pada kawasan seluas 40,000 ekar bakal dilengkapi taman pengurusan industri keperluan pelabur.

“Ketika ini ada pemaju hartanah berminat membangunkan taman berkonsep ini di IDRISS seluas 732.4 ekar,” katanya


Pengarang :