Datuk Bandar Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) Datuk Johary Anuar (paling kanan) pada majlis pelancaran Pelan AntiRasuah MBSJ 2022-2026 di Sunway Resort pada 24 November 2022. Foto SUHAILA SHAHRUL ANNUAR/SELANGORKINI
BERITA UTAMAPBTSELANGOR

Pelan antirasuah MBSJ perbaiki persepsi terhadap penjawat awam

Oleh SUHAILA SHAHRUL ANNUAR

SUBANG JAYA, 25 NOV: Pelan Anti Rasuah Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) 2022-2026 diharap dapat memperbaiki persepsi masyarakat terhadap penjawat awam.

Datuk Bandarnya Datuk Johary Anuar berkata pelan lima tahun itu amat penting dalam mencerminkan harapan pemegang taruh serta rakyat bagi membentuk organisasi bebas rasuah.

“Penjawat awam adalah golongan berisiko tinggi terhadap isu rasuah khususnya bagi mereka yang terlibat dalam pelaksanaan keputusan dan perolehan kerajaan, aktiviti pelesenan serta penguatkuasaan.

“Kerap kali cerita atau isu rasuah penjawat awam dipaparkan di akhbar atau menjadi berita utama media arus perdana yang mana ia merancakkan lagi persepsi negatif masyarakat kepada penjawat awam.

“Justeru, perbuatan rasuah ini merupakan isu kritikal yang perlu ditangani secara menyeluruh kerana ia boleh menyebabkan berlaku peningkatan pada jumlah kos modal dan pembangunan bagi apa juga program atau projek yang dilaksanakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan majlis pelancaran Pelan Anti Rasuah MBSJ 2022-2026 di Sunway Resort semalam.

Berteraskan enam objektif strategik, inisiatif berkenaan membabitkan 72 pelan tindakan merangkumi tiga sektor utama iaitu pentadbiran, perolehan dan pengoperasian.


Pengarang :