Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap pada Majlis Amanat Dato’ Menteri Besar Selangor Bersama Pimpinan Masyarakat Negeri Selangor di Dewan Raja Muda Musa Seksyen 7, Shah Alam pada 3 November 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Pemimpin setempat digesa beri penerangan dasar HARAPAN kepada rakyat

SHAH ALAM, 3 NOV: Dato’ Menteri Besar mengesa pimpinan setempat memberi penerangan kepada rakyat berhubung dasar Pakatan Harapan (HARAPAN) sempena pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata kerja keras mereka mampu menarik perhatian pengundi sekali gus menjadi petunjuk kemenangan gabungan itu di 22 kerusi Parlimen.

“Saya harap mulai esok seluruh pasukan ini turun (padang), bantu dan terangkan (dasar HARAPAN). Kalau kita bergerak sebagai satu pasukan, saya percaya Selangor masih menjadi kubu kuat HARAPAN,” katanya ketika dalam majlis amanat bersama pemimpin masyarakat Selangor. hari ini.

“Kekuatan kita menjelaskan dasar-dasar mampu menarik perhatian pengundi dan tidak mustahil akan dapat sumbangkan 22 kerusi Parlimen kepada HARAPAN.”

Pemimpin komuniti yang hadir menunjukkan tanda sokongan ketika Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap dalam Majlis Amanat Dato’ Menteri Besar Selangor Bersama Pimpinan Masyarakat Negeri Selangor di Dewan Raja Muda Musa Seksyen 7, Shah Alam pada 3 November 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Terdahulu, lebih 1,000 pemimpin komuniti membabitkan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung, Ketua Komuniti India dan Ketua Kampung Bagan hadir mendengar taklimat di Dewan Raja Muda Musa di sini.

Amirudin yang juga calon Parlimen Gombak berkata setiap dasar HARAPAN harus difahami sebelum disampaikan kepada pengundi bagi mengelak menjadi serangan lawan.

“Syarat pertama kena faham dan kuasai (dasar) sebab nanti akan ada serangan kepada dasar-dasar, fitnah dan cubaan untuk mengelirukan.

“Ini kerana kita akan berdepan dengan mereka yang terdesak mendapatkan kekuasaan di Persekutuan,” katanya.

 


Pengarang :