Tangkap layar video tular memaparkan kekecohan di pusat penamaan calon pilihan raya umum ke-15 (PRU15) di Dewan DSP Antanom, Tenom, Sabah pada 5 November 2022. Foto Facebook Jimmy Anteer
AGENDANASIONAL

Penamaan calon kecoh di Tenom, polis siasat dakwaan rusuhan

KUALA LUMPUR, 5 NOV: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan berlaku insiden kekecohan di pusat penamaan calon pilihan raya umum ke-15 (PRU15) di Dewan DSP Antanom, Tenom di Sabah.

Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata beliau sedang menunggu laporan terperinci daripada Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Idris Abdullah, berhubung perkara berkenaan.

“Betul saya sedang tunggu laporan daripada PJP (Pesuruhjaya Polis) Sabah,” katanya kepada Bernama hari ini.

Terdahulu tular di media sosial sebuah kejadian rusuhan berlaku di Dewan DSP Antanom, Parlimen Tenom.

Kejadian difahamkan berlaku ekoran penyokong Parti Kesejahteraan Demokratik Malaysia (KDM) berang apabila borang pencalonan Datuk Peter Anthony dari parti itu, ditolak pegawai pengurus pilihan raya (RO) yang bertugas.

-BERNAMA


Pengarang :