Keadaan kawasan pencawang Tenaga Nasional Berhad (TNB) musnah selepas dihempap bongkah batu dekat ladang ternakan ayam di Kampung Raja Musa, Bestari Jaya. Foto Bomba Selangor
AGENSISELANGOR

Pencawang TNB musnah dihempap bongkah batu

SHAH ALAM, 11 NOV: Sebuah stesen pencawang Tenaga Nasional Berhad (TNB) musnah selepas dihempap bongkah batu di sebuah ladang ternakan ayam dekat Kampung Raja Musa, Bestari Jaya.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 11.11 pagi hari ini, lapor Berita Harian.

“Ia mengakibatkan kerosakan pada bangunan terbabit dengan anggaran kemusnahan 80 peratus namun tidak membabitkan mangsa,” kata Norazam Khamis.

Norazam berkata, pihaknya turut mengarahkan pemilik ladang untuk memindahkan pekerjanya ke lokasi lain.

 


Pengarang :