Anggota Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang memantau air pasang besar di kawasan pesisiran pantai di Klang pada 5 November 2021. Foto Bomba Selangor
AGENDABERITA UTAMANASIONALPILIHAN MINGGUAN

Penduduk diminta waspada, air pasang besar di Klang mulai esok hingga Ahad

SHAH ALAM, 21 NOV: Fenomena air pasang besar dijangka melanda daerah Klang mulai esok hingga 27 November ini.

Pejabat Daerah dan Tanah Klang menerusi Facebook memaklumkan orang ramai diminta berwaspada kerana berisiko menyebabkan bencana banjir dan runtuhan ban.

“Sehubungan itu, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Klang (JPBD) mengingatkan semua warga Klang untuk sentiasa peka dan cakna dengan keadaan semasa alam sekeliling.

“Sentiasa dapatkan maklumat terkini keadaan cuaca dan arahan lanjut pihak agensi kerajaan bertanggungjawab. Bilik gerakan bencana turut dibuka mulai 22 hingga 27 November,” maklumnya.

Berikut talian perhubungan bencana daerah Klang:


Pengarang :