Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Parlimen Sungai Besar Saipolyazan M Yusop ketika berkempen di pekan Sekinchan pada 8 November 2022. Foto FAIZAL NAZARUDDIN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Pengundi mahu perubahan, pilih calon cakna isu rakyat

Oleh Faizal Nazaruddin

SHAH ALAM, 9 NOV: Kebanyakan pengundi dalam Parlimen Sungai Besar mahukan kerajaan yang prihatin terhadap peningkatan kos sara hidup dan mampu menambah baik ekonomi rakyat.

Menurut calon Pakatan Harapan (HARAPAN) bagi kawasan itu, ramai yang ditemui tidak selesa dengan pentadbiran kerajaan persekutuan yang kurang prihatin menangani isu berkenaan.

“Saya telah turun padang berjumpa orang ramai, peniaga dan belia yang rata-rata mahu pembaharuan kerajaan yang prihatin kepada kos sara hidup dan ekonomi rakyat.

“Ekoran itu, saya yakin pengundi inginkan perubahan dan memberi undi kepada HARAPAN yang dilihat mengambil berat kepada permasalahan rakyat” kata Saipolyazan M Yusop ditemui semalam.

Sebelum itu, beliau bersama jenteranya berjalan kaki bertemu penduduk setempat dan mengedarkan risalah kempen di sekitar pekan Sekinchan, Sabak Bernam.

Dalam pada itu, Saipolyazan akan memanfaat sepenuhnya pengalaman ketika menerajui Lembaga Zakat Selangor untuk terus membantu golongan yang memerlukan membaiki kehidupan.

Beliau berdepan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos (Barisan Nasional) dalam saingan empat penjuru pada pilihan raya kali ini.

Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Parlimen Sungai Besar Saipolyazan M Yusop ketika berkempen di pekan Sekinchan pada 8 November 2022. Foto FAIZAL NAZARUDDIN/SELANGORKINI

Pengarang :