Datuk Jamal Abdillah. Foto Instagram jamalabdillahofficial
AGENDANASIONAL

Penyanyi terkenal mohon maaf, fitnah DAP tanpa maklumat sebenar

SHAH ALAM, 9 NOV: Penyanyi terkenal tanah air memohon maaf kerana menfitnah DAP berhubung isu larangan melaungkan azan di Pulau Pinang.

Datuk Jamal Abdillah berkata tuduhan terhadap parti komponen Pakatan Harapan (HARAPAN) itu dibuat tanpa mengetahui keadaan sebenar politik, lapor Utusan Malaysia.

“Dengan rasa rendah dirinya saya memohon ampun dan maaf kepada rakyat Malaysia kerana saya ‘spin’ (putar belit) perkara itu dalam keadaan saya tidak mengetahui,” katanya.

Sebelum ini, raja pop itu menerusi TikTok menggesa rakyat menolak DAP berikutan dakwaan larangan melaungkan azan di Pulau Pinang.


Pengarang :