Logo Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL)
PBTSELANGOR

Pertandingan kuih tradisi MPKL sedia hadiah wang tunai RM900

Oleh FAIZAL NAZARUDDIN

SHAH ALAM, 2 NOV: Golongan berkemahiran membuat kuih dipelawa menyertai pertandingan masakan tradisi anjuran Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) pada 12 November.

Pihak berkuasa tempatan itu memaklumkan pertandingan secara percuma sempena majlis perasmian medan selera di Pantai Batu Laut menyediakan hadiah keseluruhan RM900.

“Penyertaan terhad kepada 10 peserta dengan dua kategori dipertandingkan iaitu membuat kuih lemper dan tuntuman.

“Johan setiap kategori menerima RM200, naib johan RM150 dan ketiga RM100,” katanya menerusi Facebook.

Pendaftaran boleh dibuat menerusi pautan http://bit.ly/masakantradisi

Sebarang penyertaan boleh hubungi Tarmizi (019-2575635) dan Noraini (012-3824738).


Pengarang :