Syed Saddiq Syed Abdul Rahman calon Pakatan Harapan (HARAPAN) diiringi penyokong ke pusat penamaan calon. Foto Facebook Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
AGENDANASIONAL

Pertembungan sengit di tiga negeri selatan Semenanjung

SHAH ALAM, 5 NOV: Beberapa pemimpin utama Pakatan Harapan (HARAPAN) memberi saingan sengit bagi mempertahankan kerusi masing-masing, termasuk bekas Menteri Pertanian Datuk Seri Salahuddin Ayub di Pulai.

Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun ditugaskan mempertahankan Port Dickson yang sebelum ini dimenangi Pengerusi HARAPAN Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dua bekas menteri HARAPAN Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Dr Maszlee Malik pual bekerja keras untuk mengekalkan kerusi masing-masing di Muar dan Simpang Renggam, asalnya dua kerusi tradisi BN.

Tokoh muda gabungan itu Adam Adli Abd Halim dicabar Mohd Ridhwan Mohd Ali (Barisan Nasional) di kerusi Hang Tuah Jaya yang dimenangi Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin.

Selain Anwar di Tambun, bekas menteri itu kini bergerak di Bagan Datuk bagi melawan Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi

Bekas Ketua Menteri Melaka Adly Zahari menggalas usaha merampas kerusi Alor Gajah yang dimenangi Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof (PN) ketika bersama HARAPAN pada 2018.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dahulu pernah mempertahankan Pagoh bersama HARAPAN kini dicabar Datuk Seri Razali Ibrahim (BN), tewas di tangan Syed Saddiq empat tahun lalu.

Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong (BN) yang menang tipis di Ayer Hitam disaingi Sheikh Umar Bagharib Ali (HARAPAN), bekas EXCO Johor.

Sementara tokoh belia Jufitri Joha (HARAPAN) mencabar orang nombor dua Umno Datuk Seri Mohamad Hasan di Rembau. Kerusi tradisi BN ini dimenangi Khairy Jamaluddin Abu Bakar, kini dihantar bertanding di Sungai Buloh.

Berikut senarai kerusi dan calon menarik yang perlu diperhatikan di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor:

NEGERI SEMBILAN

P128 Seremban Anthony Loke* (HARAPAN) bertemu Felicia Wong (BN)
P131 Rembau Jufitri Joha (HARAPAN) cabar Mohamad Hasan (BN*)
P132 Port Dickson Datuk Seri Aminuddin Harun (HARAPAN*) dicabar P Kamalanathan (BN) dan Rani Kulup (Bebas)

MELAKA

P135 Alor Gajah Adly Zahari (HARAPAN) lawan Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof (PN)**
P137 Hang Tuah Jaya Adam Adli Abd Halim (HARAPAN*) dicabar Mohd Ridhwan Mohd Ali (BN)

JOHOR

P140 Pagoh Tan Sri Muhyiddin Yassin (PN)** dicabar Datuk Seri Razali Ibrahim (BN) dan Iskandar Shah (HARAPAN)
P146 Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman* (HARAPAN) dicabar Mohd Helmy Abdul Latif (BN)
P148 Ayer Hitam Datuk Seri Wee Ka Siong* (BN) disaingi Sheikh Umar Bagharib Ali (HARAPAN)
P151 Simpang Renggam Dr Maszlee Malik* (HARAPAN) lawan Datuk Seri Ir Hasni Mohammad (BN)
P161 Pulai Datuk Seri Salahuddin Ayub* (HARAPAN) dicabar Nur Jazlan Mohamed (BN)
P162 Iskandar Puteri Liew Chin Tong (HARAPAN*) dicabar Datuk Jason Teoh (BN)

* selepas nama = penyandang parti sama
* selepas parti = parti tukar calon
** penyandang menang atas tiket parti lawan


Pengarang :