Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap ketika Majlis Perasmian Pameran Udara Selangor (SAS) 2022 di Pusat Penerbangan Wilayah Skypark (Skypark RAC), Shah Alam pada 8 September 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Peruntuk RM25 juta giat promosi program pelaburan

SHAH ALAM, 25 NOV: Sejumlah RM25 juta diperuntuk kepada anak syarikat Kerajaan Negeri, Invest Selangor bagi melaksanakan program promosi penggalakan pelaburan.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata program diperkukuh antaranya Misi Pelaburan dan Perdagangan selain penekanan kepada industri tumpuan lain.

Jelasnya, sektor yang turut diberi tumpuan meliputi sains hayat, makanan dan minuman, elektrik dan elektronik, pengangkutan, serta mesin dan peralatan.

“Dua industri baharu yang berpotensi melonjakkan Selangor sebagai destinasi pelaburan iaitu perkhidmatan logistik dan pelaburan digital,” katanya dalam pembentangan Belanjawan 2023 hari ini.

Amirudin berkata Kerajaan Negeri juga bercadang meneruskan penganjuran Pameran Penerbangan Selangor (SAS) dan Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa (SIBS) pada September dan Oktober 2023.

“SAS tahun ini berjaya mencatatkan jumlah potensi transaksi RM1.174 bilion manakala SIBS (RM1.45 bilion). Persidangan Antarabangsa Halal Selangor (Selhac) yang mula dianjur pada 2021 juga bakal diteruskan dengan peruntukan RM700,000,” katanya.


Pengarang :