Sukarelawan Zainuddin Osman membantu membersihkan Sekolah Kafa dan Intergrasi yang dipenuhi lumpur akibat dilanda banjir di Kampung Rancangan Tanah Belia Bukit Changgang, Kuala Langat pada 26 Disember 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Peruntukan bantuan sekolah naik kepada RM26.5 juta, pulih kemudahan terjejas bah

Oleh AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 25 NOV: Program Bantuan Sekolah Negeri Selangor diteruskan dengan tambahan peruntukan kepada RM26.5 juta pada tahun depan.

Dato’ Menteri Besar berkata tambahan peruntukan itu mengambil kira permohonan dan keperluan yang semakin meningkat setiap tahun.

“Penambahan ini juga mengambil kira banyak sekolah yang terkesan akibat banjir sebelum ini,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari dalam Pembentangan Belanjawan 2023 hari ini.

Dimulakan sejak 2009, permohonan program membaik pulih infrastruktur mahupun pembaikan pembinaan struktur baharu diteruskan tahun ini kepada sekolah kebangsaan dan sekolah menengah kebangsaan.

Menurut Amirudin, program berkenaan juga bertujuan membantu mengekalkan dan menambah baik prasarana sekolah kerajaan dan swasta di Selangor dengan pemberian insentif sehingga RM50,000.


Pengarang :