Penguat kuasa MPS menyita jentera berat yang disyaki terbabit dalam aktiviti meratakan tanah dan pelupusan sampah secara haram pada 14 November 2020. Foto MPS
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Peruntukan RM4.5 bilion tangani isu pelupusan sampah

OLEH SITI ROHAIZAH ZAINAL

SHAH ALAM, 26 NOV: Dana RM4.5 bilion diperuntuk bagi pelaburan dan pembangunan prasarana untuk Projek Selangor Green Energy Ecopark di Rawang.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari memaklumkan Kerajaan Negeri melalui KDEB Waste Management (KDEBWM) meluluskan cadangan projek tersebut yang berkeluasan 245 ekar.

Katanya, projek berkenaan dijangka mempercepat penggunaan teknologi moden dalam menangani isu pelupusan sampah berikutan tapak sedia ada tidak dapat menampung sisa yang dijana pada masa hadapan.

“Oleh itu, teknologi projek sisa kepada tenaga (WTE) disyorkan dalam projek ini tanpa keperluan tanah yang luas dan tidak memberi kesan kepada alam sekeliling.

“Teknologi WTE mampu menghasilkan tenaga elektrik daripada sampah yang dibakar seterusnya menyediakan penyelesaian jangka panjang untuk pengurusan sisa pepejal,” katanya dalam pembentangan Belanjawan 2023 semalam.

Beliau menambah pelaksanaan projek itu dijangka mengurangkan sisa buangan di tapak pelupusan sebanyak 85 peratus pada masa hadapan selain mengurangkan kebergantungan kepada tanah pelupusan.


Pengarang :