Orang ramai mengunjungi Pesta Buku Selangor di Pusat Konvensyen Shah Alam pada 11 Disember 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Pesta Buku Antarabangsa Selangor bermula 1 Dis, saji pelbagai acara menarik

SHAH ALAM, 21 NOV: Orang ramai dijemput memeriahkan Pesta Buku Antarabangsa Selangor (SIBF) 2022 yang akan diadakan di Pusat Konvensyen MBSA di sini mulai 1 hingga 11 Disember depan.

Pesta anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) itu bermula 10 pagi hingga 10 malam menyediakan pelbagai aktiviti menarik untuk pengunjung.

“Acara diadakan antaranya Selangor International Fellowship Programme (SIFP), Yusof Gajah Illustrators Award (YGIA) dan Selangor International Children Content (SICC),” katanya menerusi kenyataan.

Selain itu, pengunjung juga berpeluang menjadi salah seorang daripada sembilan pemenang cabutan bertuah wang tunai RM500 setiap hari.


Pengarang :