Aksi Lionel Messi dalam perlawanan menentang Mexico dalam kejohanan Piala Dunia di Qatar. Foto Facebook Argentina Football Team
AGENDASUKANKINI

Piala Dunia: Jaringan Messi, Fernandez bantu Argentina menang ke atas Mexico

LUSAIL (Qatar), 27 NOV: Jaringan Lionel Messi dan Enzo Fernandez pada separuh masa kedua sekali gus menghidupkan harapan Argentina untuk melangkah ke peringkat kalah mati kejohanan Piala Dunia FIFA dengan menundukkan Mexico 2-0 pada Sabtu.

Messi menyumbat gol dari jarak jauh pada minit ke-64 sebelum Fernandez menyumbang gol kedua Albiceleste pada minit ke-87 dalam perlawanan yang berlangsung di stadium Lusail, lapor Xinhua.

Pada perlawanan itu menyaksikan pengurus Argentina Lionel Scaloni membuat lima pertukaran ke atas pasukan yang sebelum ini tewas mengejut 1-2 di tangan Arab Saudi.

Seterusnya Argentina akan bertemu Poland dalam perlawanan akhir peringkat Kumpulan C pada Rabu manakala Mexico perlu menewaskan Arab Saudi untuk memastikan pasukan ini berpeluang mara ke pusingan kalah mati.

– BERNAMA


Pengarang :