Ketua Pegawai Strategik Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Idris Ishak menyerahkan cek cura kepada wakil Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide), Shah Alam pada 21 November 2022. Foto Facebook PKNS
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

PKNS: RM10,000 sempena golf amal, bantu Yide bina asrama anak yatim

OLEH AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 22 Nov: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) telah menyampaikan sumbangan berjumlah RM10,000 kepada Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide).

Sumbangan sempena Kejohanan Golf Amal yang akan diadakan pada 14 Januari tahun depan bertujuan mengumpul dana bagi pembinaan Kompleks Asrama Anak Yatim Pulau Indah.

Kompleks yang akan menempatkan 200 anak-anak yatim dan fakir miskin lelaki dalam satu-satu masa itu bakal menjadi sebuah kompleks termoden di Selangor dengan kos pembangunan berjumlah RM11 juta.

Sementara itu, Yide adalah agensi di bawah Majlis Agama Islam Selangor (Mais) yang menguruskan projek  tersebut.

Setakat ini sebanyak RM6.5 juta sumbangan telah dikumpulkan bagi tujuan berkenaan.

Orang ramai juga boleh berinfaq untuk pembinaan kompleks tersebut melalui http://yide.com.my/infaq-kompleks-anak-yatim/


Pengarang :