Papan iklan yang memaparkan wajah calon Pakatan Harapan (HARAPAN) bagi Parlimen Segambut Hannah Yeoh dirosakkan individu tidak bertanggungjawab di sekitar Taman Tun Dr Ismail pada 8 November 2022. Foto Twitter Hannah Yeoh
AGENDANASIONAL

Poster kempen dikoyak, calon mohon penduduk kongsi rakaman CCTV

SHAH ALAM, 8 NOV: Beberapa poster, gegantung dan papan iklan yang memaparkan wajah calon Pakatan Harapan (HARAPAN) di Segambut dirosakkan individu tidak bertanggungjawab.

Menerusi Twitter, Hannah Yeoh berkongsi foto bahan kempen tersebut yang ditarik keluar, dikoyak dan digunting malah ada yang dihancurkan di beberapa lokasi.

“Penduduk Taman Tun Dr Ismail (TTDI) maklumkan pagi ini bendera HARAPAN telah ditarik keluar, gegantung saya dipotong dan papan iklan saya dihancurkan di beberapa lokasi.

“Sedih kerana kami bukan orang kaya. Permainan politik kotor dan menjijikkan. Tolong bertanding secara bersih,” katanya yang juga penyandang kerusi Parlimen itu sejak 2018.

Beliau turut meminta kerjasama penduduk yang mempunyai rakaman kamera litar tertutup (CCTV) untuk berkongsi maklumat dengan menghantar e-mel [email protected] bagi tindakan lanjut.

Insiden itu dikongsikan Ahli Dewan Negeri Kota Anggerik Najwan Halimi pagi tadi di Twitter ketika beliau sedang memandu melalui Jalan Burhanuddin Helmi di TTDI.

Gegantung yang memaparkan wajah calon Pakatan Harapan (HARAPAN) bagi Parlimen Segambut Hannah Yeoh dirosakkan individu tidak bertanggungjawab di sekitar Taman Tun Dr Ismail pada 8 November 2022. Foto Twitter Hannah Yeoh

 


Pengarang :