Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Sungai Besar Saipolyazan M Yusop meninjau keadaan kuarters Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Besar. Foto Facebook Saipolyazan M Yusop
AGENDANASIONALSELANGOR

Prihatin kebajikan polis, Saipolyazan tekad baiki kuarters uzur IPD

SHAH ALAM, 15 NOV: Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Sungai Besar tekad membaik pulih kuarters Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Besar yang semakin uzur.

Saipolyazan M Yusop meninjau kuarters itu berkata keadaan itu menyebabkan terdapat anggota IPD Sungai Besar terpaksa menyewa rumah.

“Ada juga anggota yang terpaksa menyewa di luar yang menyebabkan kos kehidupan meningkat disebabkan kos sewaan yang tinggi.

“Ini adalah kerana terdapat rumah di kuarters tidak dapat digunakan dan perlu penambahbaikan,” katanya menerusi Facebook.

Katanya, kebajikan anggota polis perlu diutamakan berikutan tanggungjawab mereka dalam menjaga keselamatan dan ketenteraman negara serta rakyat.

Saipolyazan juga sedia melihat sekiranya kuarters terbabit memerlukan kemudahan baharu demi keselesaan penghuni di situ.


Pengarang :