Orang ramai tidak melepaskan peluang membeli barang keperluan asas yang dijual murah menerusi program Jelajah Ehsan Rakyat peringkat DUN Sungai Kandis di Pangsapuri Taman Tun Teja, Shah Alam pada 22 November 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONALSELANGOR

Program jualan murah barangan harian di sembilan lokasi esok

SHAH ALAM, 22 NOV: Program jualan murah barangan asas kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diteruskan ke sembilan lokasi esok mulai 10 pagi hingga 1 tengah hari.

Lokasi penganjuran Jelajah Ehsan Rakyat diadakan sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Panjang, Kuang, Rawang, Taman Templer, Semenyih, Seri Serdang, Kinrara, Sungai Pelek dan Sementa.

Program berjalan serentak itu menawarkan barang keperluan asas seperti ayam standard pada harga RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek) dan telur gred B (RM10 sepapan).

Turut dijual pada harga murah ikan kembung atau selayang dengan RM6 setiap pek, minyak masak 5kg (RM25) dan beras 5kg (RM10).

Inisiatif sejak awal September melibatkan semua 56 DUN sepatutnya berakhir 6 Disember namun Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengumumkan ia disambung hingga Mac tahun depan.


Pengarang :