Timbalan Yang diPertua Majlis Perbandaran Klang (MPK) Elya Marini Darmin (dua, kanan) bersama kakitangan menjalankan tinjauan di kawasan terlibat sekitar Klang berdasarkan aduan orang awam. Foto Facebook MPK
PBTSELANGOR

Program lawatan prihatin MPK tangani lima aduan penduduk

OLEH FAIZAL NAZARUDDIN

SHAH ALAM, 8 NOV: Majlis Perbandaran Klang (MPK) mengatasi lima aduan penduduk yang berbangkit mengenai masalah kemudahan awam dan pencemaran.

Pihak berkuasa tempatan itu dalam kenyataan memaklumkan usaha menyelesaikan aduan terlibat dilaksanakan semasa lawatan prihatin diketuai Timbalan Yang diPertuanya Elya Marini Darmin.

Menurutnya, antara isu tersebut seperti pencemaran najis ke parit awam Jalan Pelangi apabila MPK akan menjalankan kerja baik pulih dan pembersihan.

“Kerosakan alatan permainan di Taman Teluk Kapas akan dibaiki dan bengkel di Jalan Kundur telah diarah berpindah,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Turut diambil tindakan MPK mengeluarkan notis ke atas dua premis didapati melakukan pengubahsuaian tanpa kebenaran dan dibangun atas tanah rizab.


Pengarang :