Pengarah Urusan Landasan Lumayan Sdn Bhd (Landasan Lumayan) Syaiful Azmen Nordin menerima Anugerah Perak disampaikan pihak pengelola Gulf Sustainability Awards, Dubai, Emiriah Arab Bersatu. Foto Facebook SELANGOR MARITIME GATEWAY
AGENSISELANGOR

Projek Gerbang Maritim diktiraf, Landasan Lumayan menangi anugerah perak di Dubai

SHAH ALAM, 7 NOV: Landasan Lumayan Sdn Bhd (Landasan Lumayan) memenangi Anugerah Perak untuk insiatif kelestarian kerajaan terbaik atas usaha mampan mentansformasikan Sungai dan memacu nilai ekonomi baharu buat Selangor.

Anugerah tersebut diterima Landasan Lumayan diwakil Pengarah Urusan Syaiful Azmen Nordin baru-baru ini pada majlis kemuncak Gulf Sustainability Awards edisi keenam di Dubai, Emiriah Arab Bersatu.

Usaha dijalankan Landasan Lumayan yang mendapat pengiktirafan itu adalah menerusi program di bawah Gerbang Maritim Selangor (SMG) dimulakan Kerajaan Negeri pada 2018 adalah projek jangka panjang bukan sahaja bagi pembersihan Sungai Klang tetapi menghidupkan semula, memulihkan dan memberi nafas baru sebagai penjana ekonomi utama Selangor.

Anak syarikat Menteri Besar Selangor (Diperbadankan) atau MBI menerajui usaha pemulihan Sungai Klang sepanjang 56 kilometer (KM) dan 27,960 hektar tanah sekitarnya.

Projek itu direka untuk memacu pertumbuhan sosial dan ekonomi baharu di sepanjang sungai tersebut telah memasukkan elemen kehidupan mampan dan penciptaan pekerjaan yang akan dibangunkan melalui inisiatif perniagaan dan pelancongan baharu sambil mengekalkan integriti alam sekitarnya.

“Mentransformasikan sungai yang nazak dengan idea mewujudkan ekonomi mencetuskan pelbagai keraguan pada mulanya tetapi kami telah membuktikan bahawa ia boleh dilakukan dan saya bangga kerana inisiatif SMG terus menarik sokongan antarabangsa.

“Anugerah ini menyerlahkan lagi usaha kami ke arah membina zon ekonomi baharu (Zon Pembangunan Ekonomi SMG) seperti dikenal pasti di bawah Rancangan Selangor Pertama,” katanya Dato Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berhubung kejayaan itu.

Beliau berkata mendapat pengiktirafan dalam kalangan peserta bertaraf dunia mencerminkan komitmen Selangor untuk menjadi agen perubahan berkebolehan kerana projek SMG adalah mengenai mengimbangi kemajuan dengan pemuliharaan dan mencari nilai penjanaan semula yang mampan untuk Sungai Klang.

Kategori dimenangi Landasan Lumayan dinilai panel pakar mengenai alam sekitar, sosial dan tadbir urus serta dalam strategi kreatif.

Anugerah emas diungguli Etihad Rail manakala Perbandaran Dubai menerima anugerah gangsa. Gulf Sustainability Awards bertujuan untuk mengiktiraf, memberi ganjaran dan mempromosikan inisiatif kemampanan yang cemerlang di seluruh dunia.


Pengarang :