EXCO Infrastruktur Ir Izham Hashim (kanan) meninjau projek pendalaman Sungai Klang di Kota Kemuning pada 16 November 2022. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

Projek tebatan banjir Shah Alam mula Disember, kata EXCO

SHAH ALAM, 16 NOV: Projek tebatan banjir menerusi Pelan Tindakan Banjir Shah Alam (SASuD) akan bermula bulan hadapan, maklum EXCO infrastruktur.

Menurut Ir Izham Hashim, projek bernilai RM150 juta bagi mengatasi bencana di sekitar kawasan tersebut kini dalam proses penganugerahan tender.

“Projek itu ada isu perolehan sebelum ini dan ia sudah pun diselesaikan. Kerajaan Negeri sudah meminta Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) buat tender terhad.

EXCO Infrastruktur Ir Izham Hashim ditemu bual media selepas meninjau projek pendalaman Sungai Klang di Kota Kemuning pada 16 November 2022. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI

“Kita buka tender ini dalam tempoh yang pendek sahaja. Biasa 21 hari iklan tetapi kali ini kita bagi seminggu sahaja proses penilaian kemudian bulan depan boleh mula,” katanya hari ini.

Beliau ditemui selepas melawat kerja pendalaman dan pengorekan Sungai Klang di Kota Kemuning sini.

Sebelum ini, Datuk Bandar Shah Alam Datuk Zamani Ahmad Mansor berkata pelan berkenaan akan merangkumi tiga fasa iaitu jangka pendek, sederhana dan panjang.

Jelasnya, antara hala tuju rancangan itu ialah menaik taraf sistem perparitan utama perbandaran ke arah reka bentuk minimum yang boleh ditampung selama 50 tahun.

 


Pengarang :