Calon Parlimen Gombak Dato’ Seri Amirudin Shari bersama penyokong berarak ke pusat penamaan calon di Dewan SMK Sungai Pusu pada 5 November 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

PRU15: Ramai iringi Amirudin, calon nombor dua dalam kertas undi

SHAH ALAM, 5 NOV: Sorakan gemuruh daripada penyokong Pakatan Harapan (HARAPAN) mengiringi Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari semasa penamaan calon di Gombak hari ini.

Amirudin yang juga naib presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai calon nombor dua dalam kertas undi berdepan empat lagi pencabar.

Calon lain yang diumumkan ialah penyandang tiga penggal kerusi itu Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali mewakili Perikatan Nasional (PN) dan Datuk Megat Zulkarnain Omardin Barisan Nasional (BN).

Dua lagi calon ialah Datuk Dr Aziz Jamaludin Mhd Tahir mewakili Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dan seorang calon Bebas Zulkifli Ahmad.

Proses penamaan calon yang ditutup secara rasmi jam 10 pagi tadi berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pusu.

Penyokong berhimpun di hadapan pusat penamaan calon Parlimen Gombak di Dewan SMK Sungai Pusu, Gombak pada 5 November 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

 

Berikut beberapa kerusi dan calon menarik yang perlu diperhatikan di Selangor:

P093 Sungai Besar Saipolyazan Mat Yusop (HARAPAN) cabar Datuk Muslimin Yahaya (PN)**,  Datuk Seri Jamal Md Yunos (BN) dan Asmawar Samat @ Samad – Pejuang

P095 Tanjong Karang Siti Rahayu Baharin (HARAPAN) saingi Datuk Habibah Mohd Yusof (BN*) dan Datuk Zulkafperi Hanapi (PN)

P096 Kuala Selangor Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad* (HARAPAN) dicabar Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz (BN) dan Mohd Noor Mohd Sahar (PN)

P099 Ampang Rodziah Ismail (HARAPAN) lawan Datuk Zuraida Kamarudin (Parti Bangsa Malaysia)** dan Sasha Lyna Abdul Latif (PN)

P102 Bangi Syahredzan Johan (HARAPAN*) dicabar Muhammad Nazrul Hakim Nazir (PN),  Datuk Hoh Hee Lee (BN)

P106 Damansara Gobind Singh Deo (HARAPAN) saingi Tan Gim Tuan (BN) dan Lim Si Ching (PN)

P107 Sungai Buloh Khairy Jamaluddin Abu Bakar (BN) cabar Datuk R Ramanan (HARAPAN*) dan Mohd Ghazali Md Hamin (PN)

P111 Kota Raja Mohamad Sabu* (HARAPAN) dicabar D Kajendran (BN), Mohamed Diah Baharun (PN)

* selepas nama = penyandang parti sama
* selepas parti = parti tukar calon
** penyandang menang atas tiket parti lawan

 


Pengarang :