Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari beramah mesra bersama penduduk selepas jamuan rakyat dan ceramah Pakatan Harapan (PAKATAN) di Taman AU5, Gombak pada 1 November 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Pulih mandat pengundi Gombak, tolak pemimpin khianat

HULU KELANG, 2 NOV: Dato’ Seri Amirudin Shari bertekad mengembalikan mandat pengundi Gombak yang memilih Pakatan Harapan (HARAPAN) pada pilihan raya umum (PRU) 2018.

Calon bagi Parlimen Gombak itu menyeru penduduk kawasan tersebut supaya membuat pilihan tepat dalam PRU kali ini termasuk menolak pemimpin khianat.

“Kita mahu pulihkan maruah orang Gombak yang terpalit dengan pimpinan khianat dan (mengembalikan) mandat rakyat. Jadi pilih HARAPAN, tolak mereka yang khianat, tolak perasuah dan perompak,” katanya dalam ceramah di Skate Park AU5 di sini malam tadi.

Pengerusi HARAPAN Selangor itu juga kesal berikutan pemimpin yang berbuat khianat menyerang gabungan berkenaan dengan pelbagai tuduhan tidak berasas.

“Masa PRU (2018), dia kata pilihlah Pakatan Harapan (HARAPAN). Pilihlah KEADILAN, pilihlah rakan kita DAP dan Amanah.

“Dah menang, kononnya ada kawan baru, khianat (dan) lari. Lepas lari, serang, tuduh yang bukan-bukan,” katanya.

Beliau yang juga Dato’ Menteri Besar dipercayai merujuk perbuatan penyandang kerusi itu Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali yang mengalih sokongan sebelum menumbangkan kerajaan HARAPAN di Putrajaya menerusi Perikatan Nasional.

Pada PRU 2018, Azmin yang bertanding atas tiket HARAPAN menang dengan majoriti 48,721 undi dalam saingan tiga penjuru.


Pengarang :