Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan menyampaikan ijazah kepada graduan pada Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) Ke-46 di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah UPM, Serdang pada 29 November 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Raja Muda Selangor kurnia sijil kepada 836 pelajar sempena konvokesyen UPM

SERDANG, 29 NOV: Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor berkenan mengurniakan sijil kepada 836 graduan sempena Istiadat Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) ke-46 di sini hari ini.

Tengku Amir Shah yang juga Pro Canselor universiti menyerahkan sijil kepada pelajar peringkat Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana , Sarjana Muda dan Diploma dari pelbagai bidang pengajian.

Antara penerima merupakan graduan Fakulti Pendidikan, Teknologi Makanan, Kejuruteraan Perisian, Sains dan Teknologi Kayu, Pendidikan Sains Pertanian, Sains Kimia dengan Pendidikan dan Pentadbiran Perniagaan.

Graduan Universiti Putra Malaysia (UPM) ceria pada Majlis Konvokesyen UPM Ke-46 di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah UPM, Serdang pada 29 November 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Sempena istiadat yang berlangsung dari 26 hingga hingga 2 Disember, seramai 6,092 pelajar menerima sijil masing-masing di Dewan Besar Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan salahuddin Abdul Aziz Shah.

Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan mengurniakan sijil kepada 718 graduan pada hari pertama istiadat.


Pengarang :