Anggota Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang memantau air pasang besar di kawasan pesisiran pantai di Klang pada 5 November 2021. Foto Bomba Selangor
AGENDABERITA UTAMANASIONALPILIHAN MINGGUAN

Ramalan air pasang besar di Klang, MB nasihat penduduk waspada

SHAH ALAM, 23 NOV: Dato’ Menteri Besar menasihatkan penduduk di Klang serta berhampiran berwaspada dengan fenomena air pasang besar yang diramal berlaku mulai semalam hingga Ahad ini.

“Semua penduduk yang tinggal di Klang dan berhampiran adalah diminta berwaspada. Kerajaan Negeri akan memantau keadaan semasa dan bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari di Facebook hari ini.

Kelmarin Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Klang mengingatkan orang ramai supaya berwaspada dengan fenomena air pasang besar kerana berisiko menyebabkan bencana banjir dan runtuhan ban.

Menurut jawatankuasa tersebut, fenomena air pasang besar dijangka melanda daerah Klang mulai 22 hingga 27 November.

Justeru, semua warga Klang diminta sentiasa peka dan cakna dengan keadaan dari semasa ke semasa serta patuh arahan pihak berkuasa.

Berikut talian perhubungan bencana jika berlaku kecemasan:


Pengarang :