Penyokong yang hadir pada program ramah mesra bersama Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Datuk Seri Anwar Ibrahim di Taman Subang Perdana pada 16 November 2022. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Ramalan: HARAPAN dahului 86 kerusi, BN 51, PN 25

SHAH ALAM,18 NOV: Firma kaji selidik terkenal Ilham Centre meramalkan Pakatan Harapan (HARAPAN) menang 86 kerusi, jauh mengatasi Barisan Nasional (BN) dengan 51 kerusi dan Perikatan Nasional (PN) 25 kerusi.

Ramalan ini berdasarkan kadar keluar mengundi 80 peratus, kata firma tersebut dalam satu kenyataan hari ini bertajuk ‘HARAPAN di hadapan, BN dan PN bertarung di kerusi Melayu, blok Borneo penentu’.

Gabungan Parti Sarawak (GPS) dijangka menguasai 18 kerusi, diikuti Warisan dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) masing-masing 6 kerusi.

Gerakan Tanah Air dan Parti Bangsa Malaysia dijangka menang satu kerusi. Ilham Centre juga meramalkan seorang calon Bebas mendapat satu kerusi.

Sementara itu, 26 kerusi lagi sedang menghadapi saingan sengit dalam senario kekuatan 50-50.

*Ralat jadual: Angka 23 peratus dalam jadual di atas sepatutnya merujuk kepada Barisan Nasional manakala 39.2 peratus kepada Pakatan Harapan. 

Berikut faktor menyumbang ramalan HARAPAN menguasai kerusi setakat ini:

  • Penyandang kerusi/nama besar digugurkan atau tidak dicalonkan semula dan 80 peratus muka baru menjadi ‘backfired’ kepada Umno.
  • Strategi BN tukar calon mencetuskan tindak balas yang sukar dikawal menyebabkan jentera bercelaru dan runtuh semangat juang.
  • Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon PM menjadi ‘selling point’ terbesar HARAPAN dan dilihat meyakinkan berbanding calon gabungan parti lain.
  • Beberapa kerusi panas melibatkan pertembungan calon ‘heavyweight vs. heavyweight’ dan calon popular di kawasan mencabar.
  • Kedudukan kerusi itu memperlihat pengundi atas pagar berada di dalam peratusan yang tinggi. Keputusan akhir mungkin diputuskan hingga saat-saat akhir pengundian.

 


Pengarang :