Keadaan di sekitar Sungai Klang berhampiran Masjid Jamek yang dinaiki air akibat daripada hujan lebat ketika tinjauan pada 10 Sept 2020. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Ribut petir, hujan diramal landa Selangor, KL dan Putrajaya hingga 6 petang

SHAH ALAM, 29 NOV: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sehingga 6 petang ini.

Agensi tersebut memaklumkan keadaan sama dijangka berlaku di seluruh Perlis, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Melaka.

Manakala negeri lain seperti Kedah, Perak, Terengganu, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah membabitkan beberapa kawasan.

Menurut MetMalaysia di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my , media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :