Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyampaikan pembentangan Belanjawan Selangor 2023 di Bangunan SUK pada 25 November 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Rizab semasa negeri RM3.29 bilion setakat 24 November

SHAH ALAM, 25 NOV: Selangor merekodkan rizab semasa RM3.29 bilion melalui Akaun Hasil dan Akaun Amanah disatukan hasil perbelanjaan berhemah setakat 24 November lalu.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menjelaskan prestasi kewangan negeri turut merekodkan lebihan RM261.24 juta dalam tempoh sama.

“Jika dibandingkan dengan angka-angka kedudukan kewangan Kerajaan Negeri yang dilaporkan dalam penyata kewangan beraudit pada 2018 hingga 2021, jelas menunjukkan momentum pengukuhan.

“(Ia dicapai) walaupun ketika kita berdepan tempoh sukar akibat ketidaktentuan ekonomi dan wabak
pandemik Covid-19 pada 2020 dan 2021,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2023 hari ini.

Amirudin berkata kutipan hasil negeri bagi 2021 sebanyak RM2.284 bilion menerusi hasil cukai (RM627.1 juta), hasil bukan cukai (RM1.43 juta) dan terimaan bukan hasil (RM219.89 juta).

Menurutnya, hasil negeri untuk tahun ini pula mencapai kutipan RM2.3 juta, bersamaan 112.42 peratus daripada anggaran hasil sebanyak RM2.05 bilion, setakat semalam.

“Daripada jumlah tersebut, hasil cukai merekod kutipan RM684.36 juta, hasil bukan cukai (RM1.39 juta) dan terimaan bukan hasil (RM228.52 juta),” katanya.


Pengarang :