Pelajar tajaan Yayasan Selangor yang menyertai program Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) Amusement Day anjuran Universiti Selangor (Unisel). Foto Facebook Unisel
AGENDANASIONALSELANGOR

RM1 juta galak murid pilih bidang sains dan teknologi

SHAH ALAM, 25 NOV: Sejumlah RM1 juta diperuntuk Kerajaan Selangor untuk menggalakkan murid di negeri ini memilih bidang sains dan teknologi, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata RM1 juta daripada peruntukan itu bagi pelaksanaan program berkaitan pendidikan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM), sementara RM500,000 lagi bagi pembangunan bakat murid.

“Kerajaan Negeri sentiasa memberi perhatian dan komited kepada usaha pemerkasaan STEM,” katanya dalam pembentangan Belanjawan 2023, hari ini.

“Kerjasama dengan pelbagai pihak seperti Jabatan Pendidikan Negeri Selangor ini diharapkan akan menggalakkan lebih ramai murid di Selangor untuk memilih bidang sains dan teknologi di peringkat lebih tinggi.”


Pengarang :