Pelajar membaca ayat suci Al-Quran majlis khatam hafazan ketika Ijtimak Huffaz Selangor ke – 15 anjuran Persatuan Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor (PITAS) di Masjid Negeri, Shah Alam pada 24 April 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

RM1 juta jaya program mengaji al-Quran, pastikan lebih ramai penduduk terima manfaat

SHAH ALAM, 25 NOV: Sejumlah RM1 juta diperuntuk kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) bagi menjayakan Akademik Literasi al-Quran Selangor di empat daerah.

Dato’ Menteri Besar berkata dana itu bagi menampung kos tenaga pengajar, cetakan bahan dan pembelajaran serta kos fasiliti yang dijangka memanfaatkan rakyat luar bandar untuk menyertai program pengajian al-Quran.

“Kerajaan Negeri bersetuju untuk memperuntukan sejumlah RM1 juta bagi pelaksanaan peringkat pertama (satu daerah satu masjid) di daerah Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Sepang termasuk memperkasa program sedia ada di masjid negeri bagi daerah Petaling,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari ketika membentangkan Belanjawan 2023 hari ini.

BERITA LANJUT MENYUSUL


Pengarang :