Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menjawab soalan wartawan pada sidang media selepas pembentangan Belanjawan Selangor 2023 di Bangunan Annex, Shah Alam pada 25 November 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDA BERITA UTAMA NASIONAL

RM28 juta laksana projek kecil, bantu pulih ekonomi

SHAH ALAM, 27 NOV: Projek Selangor Penyayang yang diperkenal untuk merancakkan ekonomi setempat pascapandemik Covid-19 bakal diteruskan tahun depan dengan dana RM28 juta.

Dato’ Menteri Besar berkata setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) akan menerima peruntukan RM500,000 dengan keutamaan kepada penyelenggaraan dan naik taraf kemudahan awam.

“Ia termasuk pembangunan kemudahan yang tidak mempunyai peruntukan selenggara tahunan,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari dalam pembentangan Belanjawan 2023 semalam.

Beliau memaklumkan sebanyak 664 Projek Selangor Penyayang dilaksana tahun ini dengan peruntukan RM35 juta, yang menumpukan penyelenggaraan infrastruktur asas dan awam yang tertangguh.

“(Ia) sebagai salah satu usaha kerajaan untuk mengekalkan momentum pemulihan ekonomi pasca Covid-19,” katanya lagi.


Pengarang :