Jawatankuasa Khas Agama Budha Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Negeri Selangor (Limas) V Ganabathirau (dua, kanan) beramah mesra bersama wakil rumah ibadat bukan Islam (Kuil) pada majlis penyerahan cek fasa 1/2022 di Bilik Gerakan Mtes Bangunan SSAAS Shah Alam pada 19 Ogos 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONALSELANGOR

RM8 juta baik pulih infrastruktur, peralatan kelas agama bukan Islam 

SHAH ALAM, 25 NOV: Sejumlah RM8 juta diperuntuk bagi membaik pulih infrastruktur dan peralatan mengadakan kelas agama bukan Islam tahun depan.

Dato’ Menteri Besar berkata dana itu disalur kepada persatuan yang memohon melalui pengerusi bersama Jawatankuasa Khas Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Selangor (Limas).

“Kerajaan Negeri prihatin keperluan untuk membaik pulih rumah ibadat bukan Islam sedia ada bagi tujuan keselesaan semasa menjalankan aktiviti agama serta keperluan asas daripada segi peralatan menjalankan kelas agama.

“Peruntukan ini disalurkan melalui Sistem Bantuan Kewangan Rumah Ibadat Lima Agama (Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao),” kata Dato’ Seri Amirudin Shari dalam pembentangan Belanjawan 2023 hari ini.


Pengarang :