Graduan menghadiri majlis konvokesyen Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) kali ke-23 di Pusat Konvensyen KUIS, Kajang pada 1 Disember 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

RM8 juta untuk tabung biasiswa anak Selangor, biaya pendidikan penjawat awam

SHAH ALAM, 25 NOV: Sejumlah RM8 juta disalur kepada Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Selangor bagi membiaya pendidikan anak negeri ini, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata pembiayaan itu juga diberi kepada penjawat awam Selangor tetap atau kontrak yang ingin melanjutkan pelajaran.

“Menerusi peruntukan berkenaan (RM8 juta), sebanyak lima program dilaksana bawah program Peduli Siswa dan dua lagi program khas dalam bentuk pinjaman boleh ubah dan biasiswa.

“Program-program ini akan memberi manfaat kepada pelajar bermula daripada peringkat sekolah menengah sehingga ke peringkat pascasiswazah, di dalam dan luar negara,” katanya dalam pembentangan Belanjawan 2023 hari ini.

Amirudin menambah pada tahun ini seramai 627 pelajar mendapat program tajaan menerusi Tabung Kumpulan Wang Biasiswa Selangor.

“Kerajaan Negeri akan terus membantu membiayai anak-anak Selangor dalam tahun akan datang untuk meneruskan pengajian mereka ke peringkat yang lebih tinggi,” katanya.


Pengarang :