Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Parlimen Ampang Rodziah Ismail ketika berkempen di Flat Taman Cahaya, Ampang pada 13 November 2022. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Rodziah: Rakyat adalah ‘majikan’, wakil rakyat pemberi khidmat

Oleh Shamz Johan

AMPANG, 14 NOV: Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Parlimen Ampang menyifatkan rakyat adalah majikan manakala wakil rakyat adalah pemberi khidmat.

Rodziah Ismail berkata gaji wakil rakyat dibayar melalui cukai yang dipungut daripada rakyat bukannya untuk kepentingan pihak tertentu.

“Sebagai wakil rakyat, gaji saya dibayar daripada duit rakyat (cukai). Jadi saya insafi, rendah diri, maknanya mereka (rakyat) itu majikan sayalah,” katanya ketika bertemu penduduk di Flat 5 Tingkat Taman Cahaya, Ampang, semalam.

Beliau berkata setiap wakil rakyat perlu ada pemikiran untuk bersedia membantu rakyat dalam apa jua keadaan.

“Inilah pemikiran yang perlu dibetulkan, yang perlu dibawa semua wakil rakyat. Tapi dalam masa sama, kita perlu (buat) atas dasar hormat dan wajar kita buat bersama,” katanya.

Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Parlimen Ampang Rodziah Ismail menyantuni penduduk Flat Taman Cahaya, Ampang
pada 13 November 2022. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI

Pengarang :