Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Rodziah Ismail menyantuni penduduk Flat 5 Tingkat Taman Cahaya, Ampang selepas memberi ceramah sepetang bersama bersama calon HARAPAN sempena kempen PRU15 pada 12 November 2022. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Rodziah selesai isu air penduduk sebelum bertolak ke lokasi kempen

Oleh SHAMZ JOHAN

AMPANG JAYA, 15 NOV: Rodziah Ismail tiba lewat lebih 45 minit di lokasi kempen di Flat Taman Cahaya di sini kerana bergegas menyelesaikan isu air penduduk di kawasan lain.

Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Parlimen Ampang berkata beliau terus bertolak ke Kampung Tasek Tambahan berjarak 3.5 kilometer dari taman perumahan itu sebaik menerima panggilan bagi menyegerakan bantuan.

“Maaf tiba lewat kerana ada masalah air tadi, jadi perlu selesaikan dulu. Saya dapat panggilan penduduk Kampung Tasek Tambahan, mereka minta bantuan masalah bekalan air.

“Saya terus menghubungi Air Selangor (Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd), mereka memberitahu sedang menyiasat punca (masalah).

“Alhamdulillah, Air Selangor telah menghantar lima lori tangki air, kerana masalah ini menyebabkan 700 penama terkesan,” katanya ketika bertemu penduduk pada Sabtu lalu.

Tambah Rodziah, seorang wakil rakyat seharusnya mempamerkan contoh urus tadbir yang baik dengan menangani masalah rakyat dengan cekap.


Pengarang :