Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Parlimen Ampang Rodziah Ismail bertemu penduduk dan mengedarkan risalah kempen kepada orang ramai di Ampang Point pada 12 November 2022. Foto Facebook Rodziah Ismail
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Rodziah terharu diterima warga Ampang, harap sokongan atas kertas undi

AMPANG, 13 NOV: Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Parlimen Ampang terharu penerimaan masyarakat berbilang bangsa di kawasan itu sepanjang kempen pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Justeru, Rodziah Ismail berharap sokongan tersebut diterjemah atas kertas undi pada 19 November ini supaya berpeluang menyumbang khidmat buat rakyat di Parlimen berkenaan.

“Alhamdulillah setiap hari saya turun berjumpa seramai mungkin pengundi sama ada di restoran, kawasan perumahan, flat selain melawat beberapa tempat seperti pasar awam.

Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Parlimen Ampang Rodziah Ismail bertemu penduduk dan mengedarkan risalah kempen kepada orang ramai di Ampang Point pada 12 November 2022. Foto Facebook Rodziah Ismail

“Sejak awal, sambutan amat menggalakkan. Mereka mula kenal logo HARAPAN dan tahu nama saya. Saya bertuah kerana ramai penyokong baik Melayu, Cina dan India yang sudi memberi peluang serta menyumbang apa jua bentuk sokongan yang mereka ada,” katanya.

Rodziah memulakan kempen hari kelapan semalam dengan melancarkan jentera gerak gempur HARAPAN sebelum berjalan sekitar Pasar Besar Ampang dan Jalan Lama Pekan Ampang.

Wakil rakyat Batu Tiga itu kemudian melawat dan berkenalan dengan pimpinan tokong Kau Ong Ya serta pentadbir Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kampung Baru Ampang.

Rodziah berdepan bekas menteri dan juga penyandang kerusi itu Datuk Zuraida Kamarudin yang mewakili Parti Bangsa Malaysia (PBM) dalam saingan sembilan penjuru.


Pengarang :