Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Parlimen Gombak Dato’ Seri Amirudin Shari menunjukkan risalah Deklarasi Gombak Bermaruah 5 Tekad Untuk 5 Tahun selepas sidang media di Taman Samudera, Gombak pada 10 November 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONALPILIHAN MINGGUAN

Sedia latihan kemahiran bantu wanita Gombak jana pendapatan tambahan

GOMBAK, 10 NOV: Golongan wanita di Parlimen Gombak berpeluang menjalani latihan kemahiran yang  memboleh mereka menjana pendapatan tambahan untuk keluarga.

Berita baik itu antara tawaran yang bakal dilaksanakan calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Dato’ Seri Amirudin Shari jika menang Parlimen Gombak 19 November.

“Memberdaya kaum wanita sebagai tulang belakang ekonomi dengan latihan kemahiran tambahan agar dapat aktif dalam kegiatan ekonomi dan meningkatkan pendapatan isi rumah,” katanya  ketika mengumumkan Deklarasi Gombak Bermaruah di sini hari ini.

Bagi membantu wanita menambah pendapatan keluarga, Kerajaan Negeri turut menyediakan pembiayaan sehingga RM5,000 sebagai modal awalan menerusi Skim Niaga Darul Ehsan (NaDI) diuruskan Yayasan Hijrah Selangor.

Pakej bantuan itu menyasarkan membantu 1,722 pemohon dengan jumlah pembiayaan RM8.61 juta pada tahun ini.

Amirudin berkata beliau juga akan meningkatkan aktiviti pertanian bandar menggunakan teknologi tempatan di Gombak bagi menjamin keselamatan makanan.

“Kita akan menilai potensi kawasan hijau di Gombak seperti di Ulu Yam dan jalan Gombak untuk dimajukan dengan kegiatan pertanian bandar,” katanya.


Pengarang :