Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Dato’ Seri Amirudin Shari diumumkan pemenang kerusi Parlimen Gombak pada penjumlahan rasmi undi Pilihan Raya Umum ke-15 di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pusu, Gombak pada 19 November 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONALPILIHAN MINGGUAN

SELANGOR: Amirudin menang majoriti 12,729 undi di Gombak

Sebahagian besar kerusi di Selangor kekal di tangan Pakatan Harapan (HARAPAN) dalam pilihan raya umum ke-15. Namun, Hulu Selangor, Kapar dan Kuala Langat terlepas ke tangan Perikatan Nasional (PN), yang turut merampas dua kerusi Barisan Nasional (BN) iaitu Sabak Bernam dan Tanjong Karang.

Kerusi Sungai Besar, yang dimenangi ketika bergabung dengan HARAPAN pada 2018, dibawa bersama semasa PN dibentuk. Bagaimanapun, ia berjaya dikekalkan pada 19 November. Sementara Gombak dan Ampang yang turut dilarikan berjaya dirampas semula oleh HARAPAN.

Keputusan awal pagi ini membuka gerak politik baharu kepada PN yang berkembang di banyak negeri. HARAPAN dan BN yang kehilangan kerusi di negeri-negeri lain tentunya menilai kembali perkembangan ini.

Selangorkini memberi liputan jumlah kerusi. Laporan disediakan oleh Siti Rohaizah Zainal dan Afeeqa Abdul Rasol.

__________________________________________________________________________________________________________

3 pagi: (Rasmi) PN menang di Kapar dengan majoriti 11,782 undi

2.55 pagi: (Rasmi) PN rampas Kuala Langat dengan majoriti 1,833 undi.

2.20 pagi: (Rasmi) HARAPAN kekal kemenangan di Shah Alam dengan majoriti 18,095 undi.

2.15 pagi: Tiga lagi kerusi di Selangor iaitu Kapar, Shah Alam dan Kuala Langat belum diumumkan.

2.00 Pagi: (Rasmi) HARAPAN kekal kemenangan di Klang dengan majoriti 91,801 undi

1.50 pagi: (Rasmi) Mohamad Sabu kekal pertahan Kota Raja, peroleh 123,306 undi.

1.50 pagi: (Rasmi) HARAPAN pertahan kerusi Sungai Buloh dengan majoriti 2,693.

1.45 pagi: (Rasmi) Gobind Singh Deo raih majoriti 124,619 di Damansara

1.40 pagi: HARAPAN pertahan Puchong, raih majoriti 57,957 undi.

1.35 pagi: (Rasmi) HARAPAN kekal di Selayang dengan majoriti 23,619 undi.

1.30 pagi: (Rasmi) HARAPAN menang di Sepang dengan majoriti 8,949 undi.

1.25 pagi: (Rasmi) Syahredzan Johan pertahan kerusi HARAPAN di Bangi dengan meraih 141,568 undi.

1.17 pagi: (Rasmi) Dato’ Seri Amirudin Shari memperoleh majoriti 12,729 undi di Gombak, menewaskan penyandang Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

1.10 pagi: (Rasmi) HARAPAN pertahan Petaling Jaya, menang majoriti 50,575 undi.

1 pagi: (Rasmi) PN kekal di Sungai Besar dengan 19,791 undi.

12.42 tengah malam: (Tidak rasmi) Khairy Jamaluddin tewas di Sungai Buloh, lapor FMT

12.40 tengah malam: (Rasmi) HARAPAN menang di Hulu Langat dengan majoriti 14,896.

12.30 tengah malam: (Rasmi) Rodziah Ismail menang di Ampang dengan majoriti 29,681. Penyandang Datuk Zuraida Kamaruddin hilang deposit.

12.15 tengah malam: (Rasmi) PN menewaskan HARAPAN di Hulu Selangor dengan majoriti 1,562 undi.

12 tengah malam: (Rasmi) PN rampas Sabak Bernam dengan memperoleh 17,973 undi.

11.45 malam: (Tidak rasmi) Dato’ Seri Amirudin masih mendahului di Gombak dengan 58,335 undi setakat 11.30 malam.

11.30 malam: (Rasmi) Rafizi Ramli menang di Pandan dengan majoriti 48,296 undi.

11.15 malam: (Rasmi) PN menang di Tanjong Karang dengan memperoleh 18,054 undi.

11 malam: (Rasmi) Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mempertahan kerusi Kuala Selangor, lapor FMT. Sinar Harian juga memuatkan video penyokong meraikan calon HARAPAN itu.

10.45 malam: (Tidak rasmi) Dato’ Seri Amirudin Shari kekal selesa mendahului di Gombak dengan 44,500 undi setakat 10 malam.

10.30 malam: (Tidak rasmi) Aiman Athirah Sabu mendahului di Sepang dengan 19,256 undi.

10.15 malam: (Tidak rasmi) Rafizi Ramli mendahului lebih 15,000 undi di Pandan dengan meraih 20,249 undi, lapor Astro Awani.

10 malam: (Tidak rasmi) Calon HARAPAN Azli Yusof mendahului di Shah Alam dengan 10,369 undi.

9.45 malam: (Tidak rasmi) Dato’ Seri Amirudin Shari terus melebarkan jurang undi di Gombak dengan mendapat 33,540 undi setakat 9.30 malam.

9.30 malam: (Tidak rasmi) HARAPAN mendahului sedikit di hadapan Barisan Nasional di Kuala Selangor.

9.15 malam: (Tidak rasmi) Calon HARAPAN Rodziah Ismail mendahului di Ampang sebanyak 6,975 undi.

9 malam: (Tidak rasmi) Calon HARAPAN Gobind Singh Deo jauh mendahului undi di Damansara dengan mendapat 12,353 undi. Kerusi itu merupakan kubu kuat gabungan berkenaan.

8.45 malam: (Tidak rasmi) Calon HARAPAN Dato’ Seri Amirudin Shari mendahului lebih 5,000 undi di Gombak dengan meraih 17,033 undi setakat 8.30 malam.

 


Pengarang :