Maklumat berkaitan cuaca serata Malaysia boleh dirujuk di laman sesawang www.met.gov.my, media sosial atau aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih (gambar hiasan). Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Selangor antara empat negeri diramal hujan lebat sehingga 10 pagi

KUALA LUMPUR, 20 NOV: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di empat negeri sehingga 10 pagi ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan antara negeri terlibat adalah Pulau Pinang membabitkan daerah Barat Daya, Timur Laut dan Seberang Perai Utara.

Di Selangor pula merangkumi kawasan Kuala Langat dan Sepang manakala Negeri Sembilan melibatkan Port Dickson serta Melaka di daerah Alor Gajah dan Melaka Tengah. – BERNAMA


Pengarang :