EXCO Infrastruktur dan Kemudahan Awam Ir Izham Hashim berucap pada Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Keempat Belas di Dewan Negeri Selangor, Shah Alam pada 24 November 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

Selangor guna bongkah khas perkuat struktur tanah lembut elak ban pecah

SHAH ALAM, 24 NOV: Kerajaan Negeri menggunakan bongkah khas untuk mengukuhkan struktur tanah lembut bagi mencegah ban pecah.

EXCO infrastruktur berkata kaedah baharu itu mampu menangani bah malah sudah digunakan di beberapa tempat antara Sungai Lui dan Sungai Buah, Hulu Langat.

“Sekarang cara ini diguna pakai untuk ban di Tanjong Karang. Kotak khas ini disusun seperti bata bagi menguatkan ban. Bahan terapung ini akan jadi penghalang air dari pecahkan ban.

“Justeru ia akan diperluas ke kawasan tanah lembut secara berperingkat. Ini untuk elakkan kejadian ban pecah berulang,” kata Ir Izham Hashim pada sidang media di lobi Dewan Annex di sini hari ini.

Beliau berkata pihaknya juga melihat keberkesanan penggunaan guni (geobag) bagi menghalang berlakunya limpahan air laut ke darat.

Semalam dua benteng laut di Tanjong Karang pecah akibat fenomena air pasang besar menyebabkan banjir di sekitar kawasan itu.

Berikutan itu seramai 111 mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara selepas kediaman mereka dinaiki air.


Pengarang :