Sumber Grafik Media Selangor
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Selangor kekal penyumbang terbesar ekonomi hasil tadbir urus stabil

SHAH ALAM, 25 NOV: Selangor kekal menjadi penyumbang terbesar kepada ekonomi Malaysia pada 2021 sebanyak 24.8 peratus hasil kestabilan dan pengukuhan tadbir urus.

Dato’ Menteri Besar berkata Selangor juga antara yang mendahului negeri lain dengan nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berjumlah RM343.5 bilion berbanding RM327.1 bilion pada 2020.

“Nilai tersebut meningkat ke 5.0 peratus pada 2021 berbanding -5.2 peratus pada 2020, sekali gus melepasi paras pertumbuhan nasional yang mencatat 3.1 peratus,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari dalam pembentangan Belanjawan 2023 hari ini.

Beliau berkata sumbangan utama diterajui oleh sektor perkhidmatan sebanyak 59.5 peratus, pembuatan (31.4 peratus), pembinaan (5.1 peratus), pertanian (1.5 peratus) dan perlombongan (0.2 peratus).

Amirudin juga yakin Rancangan Selangor Pertama mampu dan keupayaan tadbir urus mampu memberi keyakinan kepada pelabur untuk mencipta peluang pekerjaan baharu dengan gaji setimpal.


Pengarang :