Orang ramai mendaftar sebelum menjalani temu duga dalam program Selangor Mega Job Fair 2022 di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam pada 11 Jun 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDANASIONALSELANGOR

Selangor Kerjaya diteruskan tahun depan, peruntuk RM1.4 juta

Oleh AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 25 NOV: Program Selangor Kerjaya yang membantu menurunkan kadar pengangguran di negeri ini diteruskan dengan peruntukan RM1.4 juta tahun depan.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata ini berikutan peratus pencari kerja yang berjaya mendapat pekerjaan amat menggalakkan.

“Program Selangor Kerjaya yang telah dilaksanakan sebelum ini mendapat sambutan yang sangat baik dengan peluang pekerjaan berjaya ditawarkan,” katanya dalam Pembentangan Belanjawan 2023 hari ini.

Sementara itu, Amirudin memberitahu, sebanyak RM2 juta disediakan bagi program modal insan untuk melahirkan modal insan yang proaktif serta berupaya untuk berkembang dalam sektor ekonomi masing-masing.

Tambah beliau, program tersebut merupakan dasar yang diwujudkan bertujuan untuk melahirkan sumber manusia berkualiti serta memberi impak yang baik kepada sosial dan ekonomi.


Pengarang :