AGENDANASIONAL

Selangor, KL, Putrajaya diramal ribut petir dan hujan hingga 9 malam

SHAH ALAM, 29 NOV: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sehingga 9 malam ini.

Agensi tersebut menerusi Twitter memaklumkan keadaan sama dijangka berlaku di seluruh Negeri Sembilan dan Melaka manakala Kedah melibatkan Langkawi, Kota Setar, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

Negeri lain pula, Pulau Pinang di Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan; Perak (Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim), Pahang (Jerantut, Bentong, Temerloh dan Maran) serta Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat dan Kluang).

Sementara Sarawak meliputi Sarikei, Sibu (Sibu dam Kanowit), Kapit (Bukit Mabong dan Belaga), Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang selain Sabah di Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort) dan Pantai Barat (Papar).

Menurut MetMalaysia di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my , media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :