AGENDANASIONAL

Kenaikan elaun guru Kafa bukti Selangor serius tingkat pendidikan Islam

Oleh SHAMZ JOHAN

SHAH ALAM, 30 NOV: Langkah menyelaras elaun guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) kepada RM1,500 membuktikan Kerajaan Negeri serius mengenai pendidikan Islam.

Sazali Zamani

Sazali Zamani, 36, bersetuju dengan kenaikan elaun tersebut yang disifatkan dapat meningkatkan motivasi guru.

“Peningkatan ini sangat baik, ini bukti Kerajaan Negeri serius menaikkan pembangunan dan pembelajaran pendidikan Islam,” kata usahawan dari Batu Caves itu.

Ahmad fikhry Mohd Razib

Manakala Pegawai Pemasaran, Ahmad fikhry Mohd Razib, 22, berkata selain meningkatkan motivasi guru, langkah itu dilihat menggalakkan masyarakat memilih kerjaya itu pada masa hadapan.

Eksekutif bank, Azlin Abd Wahab, 37, pula memberi cadangan agar elaun berkenaan boleh ditambah lagi pada masa hadapan.

Azlin Abd Wahab

“Sangat bagus dan praktikal, harap nilai elaun boleh ditambah lagi,” katanya.

Dato’ Menteri Besar dalam pembentangan Belanjawan 2023 Jumaat lepas mengumumkan elaun bulanan 2,825 guru Kafa di Selangor diseragamkan kepada RM1,500 mulai tahun depan.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata, peningkatan itu melibatkan dana RM4.8 juta bagi menghargai peranan mereka yang membentuk pelajar ke arah kehidupan seimbang dunia dan akhirat.


Pengarang :